|
Selama ini mesti anda
rasa bahawa bermain puzzle adalah aktiviti biasa-biasa sahaja, kan?
Dan ianya hanyalah
aktiviti kanak-kanak yang hanya sekadar untuk mengisi masa lapang mereka.
Mungkin artikel yang
disiarkan kali ini akan mengubah pandangan anda terhadap aktiviti bermain
puzzle kerana saya akan berkongsi kelebihan yang dapat kita perolehi dari
bermain puzzle jigsaw ini.
Permainan puzzle
adalah satu permainan akal yang memerlukan kita mengecam corak dan
berfikir dalam mencantumkan cebisan-cebisan puzzle itu dalam membentuk imej
yang betul.
Ia melibatkan
kemahiran matematikal dan kemahiran logikal yang merangkumi nombor, gambar,
bentuk dan juga perkataan.
Selain itu, apa yang
menjadikan permainan ini sangat istimewa?
1. Permainan dan Hiburan yang murah
Disaat kegawatan
ekonomi dan kenaikan harga barangan ini, puzzle merupakan satu pilihan yang
baik sebagai permainan dan hiburan.
Harganya yang jauh
lebih murah berbanding permainan konvesional yang lain pastinya banyak memberi
kelebihan kepada segenap lapisan masyarakat, terutamanya ibu bapa yang ingin
memberi pendidikan sambil berhibur kepada anak-anak.
Ia mampu memberi
hiburan dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan ringgit yang
dikeluarkan kerana ia mengambil masa untuk diselesaikan.
Selain itu, puzzle
mudah didapati dimana-mana tempat di Malaysia, sama ada di pasaraya, kedai
runcit ataupun paling mudah, ia boleh dipesan secara online.
2. Sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kebolehan
Anda boleh menggunakan
kepingan jigsaw puzzle yang besar, untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah
lembam.
Dipasaran, terdapat
pelbagai jenis puzzle dihasilkan.
Ada yang mempunyai
kepingan yang sedikit dan terdapat juga yang mengandungi sehingga beribu-ribu
keping cebisan jika anda menginginkan cabaran.
Anda juga boleh
mencuba puzzle yang menggunakan satu jenis warna sahaja untuk cabaran tahap
maksimum dan membuatkan kita gila untuk menyelesaikannya.
Apa yang ingin
ditekankan disini adalah, ada pelbagai jenis tahap kesukaran puzzle yang boleh
dipilih.
Tidak kira apa
kebolehan kita, umur, jumlah masa terluang yang ada, anda sentiasa boleh
mendapatkan puzzle yang bersesuaian dengan diri anda.
3. Bagus untuk perkembangan Otak
Menyusun puzzle adalah
aktiviti yang bagus untuk memastikan minda kita tajam. Ia mencabar ketangkasan,
penaakulan spatial dan logik fikiran kita.
Malah apa yang lebih
baik, aktiviti ini akan menjadikan otak kita bekerja dikedua-dua belah bahagian
pada masa yang sama.
Bahagian kreatif otak
kita bekerja untuk melihat produk akhir (puzzle yang siap), sementara bahagian
logik pula bekerja untuk memadankan kepingan-kepingan puzzle dengan betul dan
sempurna.
Jika anda mahukan anak
anda membesar menjadi seorang yang kreatif, menyusun puzzle adalah antara
langkah pertama kearah itu.
4. Menggalakkan interaksi
Sementara aktiviti
menyusun puzzle memaksa otak kita bekerja, ia tidak bermakna kita tidak boleh
bercakap dengan kawan atau dengan keluarga kita semasa sedang menyiapkannya.
Kadangkala, perbualan
sesama ahli keluarga yang terbaik berlangsung semasa sedang menyiapkan puzzle
bersama-sama.
Disekolah, saya
menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti pelajar saya di dalam kelas
supaya mereka saling berinteraksi dengan sihat dan memupuk nilai bekerjasama
dalam menyelesaikan tugasan.
5. Meningkatkan tahap fokus dan keadaan separa-sedar
Tiada yang lebih baik
untuk melatih tahap fokus dan perhatian terhadap tugasan seperti aktiviti
menyusun kepingan-kepingan puzzle yang betul.
Ia juga akan melatih
kita bersabar kerana kadangkala ia akan membuat kita tersekat seketika sebelum
dapat memadankan kepingan yang betul dan kita perlu berusaha keras sebelum
menjumpai kepingan yang tepat.
Selain itu, permainan
puzzle akan membantu memberi peluang kepada keadaan separa-sedar (subconcius
mind) kita untuk berfikir perkara lain. Menyelesaikan puzzle membuatkan minda
kita rileks dan berfikir perkara lain.
Apa yang boleh saya
beri contoh adalah, apabila ada sesuatu masalah besar yang membuatkan saya
buntu untuk menyelesaikannya, saya akan tenangkan minda dengan bermain puzzle.
Kenapa?
Sebab kadangkala saya
mendapat cetusan idea dan penyelesaian terbaik sewaktu sedang menyusun puzzle.
6. Tidak memerlukan tenaga elektrik dan karya seni yang menarik
Anda tidak memerlukan
elektrik untuk berpuzzle, tidak seperti video games dan televisyen. Ini
bermakna anda boleh menyusun puzzle bila-bila masa dan dimana-mana sahaja,
tidak kira hujan atau ribut, di rumah atau diluar. Ia memberikan kita pilihan
dikala benda lain tidak boleh didapati.
Setelah kita berjaya
menyelesaikan puzzle dan melekatkan ia, anda mempunya hiasan yang menarik untuk
dinding rumah anda.
Gam, frame dan
mounting board boleh dibeli pada harga yang murah dan senang didapati di kedai
stationery.
7. Membantu pesakit Arthritis (gout)
Dalam bahasa melayu,
penyakit arthritis (penyakit sendi) ini dikenali sebagai penyakit gout, yang
pada kebiasaannya menyerang kawasan sendi seperti jari-jari.
Dengan bermain puzzle,
secara tidak langsung ia akan memberi cara yang lembut dan seronok kepada pesakit
untuk memberi senaman pada tangan mereka.
Menggerakkan kepingan,
mengutipnya dan memusingkan arah orientasi kepingan puzzle supaya dapat
dipadankan, kelihatan biasa bagi mereka yang normal.
Tetapi perkara ini
adalah satu cabaran yang bermakna kepada pengidap penyakit tersebut.
Penutup:
Di dalam dunia yang dilambakkan dengan alat elektronik dan
gadget sekarang ini, permainan jigsaw dianggap sesuatu yang ketinggalan zaman
dan kian dilupakan.
Malah generasi muda
sekarang muda ini ada yang tidak mengenali permainan ini.
Pada lain masa jika
anda mencari permainan atau hiburan baru, jangan memandang sebelah kepada
permainan puzzle.
Walaupun murah, ia
memberi lebih banyak kelebihan dan manfaat berbanding perkara lain.
Lagi pun cabaran yang
diberikan jauhhh lebih thrill berbanding permainan lain, kan?
EmoticonEmoticon